Bolehnya Mengahayunkan
Badan Sambil Berdzikir (Nampak Macam menari)
Ada
sebagian sufi yang meng ayunkan badan sambil berdzikir (sehingga nampak seperti
menari), yang dikenal juga sebagai “the darvishes’ whirling” merupakan salah
satu jalan di antara banyak jalan untuk menumbuhkan rasa kasih. Gerakan
(menghayunkan badan) ini dipopulerkan oleh Jalaluddin Rumi (1207-1273)
ratusan tahun yang lalu.
JANGAN MENIRU-NIRU GERAKAN
INI TANPA ADA
IJAZAH DARI GURU MURSYID!!
INI ADALAH SALAH SATU AMALAN
SALAH SATU ALIRAN TAHRIQAH SUFI, DALAM TIAP GERAKAN, PANDANGAN MATA, NAFAS,
SERTA DZIKIR ADA ATURANNYA DAN PUNYA TUJUAN TERTENTU
A. Dalil Bolehnya
Mengahayunkan Badan Sambil Berdzikir (Nampak Macam menari)
” Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumNya) : ”
Iaitu orang -orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka.” ( Surah Ali ‘Imran, ayat 91 ). Ayat ini
memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan
gaya.
Ummul Mukminin ‘Aisyah R.Ha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW
berzikrullah ( berzikir kepada Allah ) dalam semua keadaan. Sedang berjalan,
menaiki kenderaan, berbaring, duduk, dan bermacam-macam lagi pernah
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat pernah diceritakan bahawa
Jaafar bin Abi Talib ( sepupu Rasulullah ), pernah menari-nari melenggok lentuk
di hadapan Rasulullah SAW sebaik saja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut
kepada beliau, ” Allah menjadikan rupa paras mu seiras dengan Allah menciptakan
daku.” Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus di ta’birkan
dengan menari-nari di hadapan Rasulullah SAW. tingkahlaku beliau itu atau body
language beliau tidak ditegah atau ditegur Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari
sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarekat atau golongan
sufiyyah, ada sandarannya. Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri
oleh ulamak besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus
Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Syaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini
tentang persoalan tari menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan
mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-A’llamah Burhanuddin
al-Abnasi, perkara yang sama maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulamak besar dalam mazhab hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, ‘tidak
mengapa dan boleh dilakukan.’ Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan
kepada ayat di Surah Ali Imran di atas beserta hadis yang diriwayatkan oleh
Jaafar Abi Talib.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan
yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya
ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan
suasana yang mengundang syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram
bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat
dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus
yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan
bertaladdud (bergembira/berbahagia kerana zikrullah). Perasaan gembira/bahagia
dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahui, merupakan anugerah
Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language)
mereka dengan menari-nari tanda kebagahiaan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.
Inilah yang disebut dalam al-Quran (mafhumnya) : (Iaitu) orang-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan
“zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).
Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah
sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa
badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan
kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah SWT. Atas itulah pada
pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi ini adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus
disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalili atau hujah, berbaliklah kepada
hukum fiqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya
haram.” Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis
Rasulullah SAW dan pandangan ulamak muktabar, maka saya menyatakan ianya harus
dan bukanlah haram. Wallahua’lam.”
Dato’ Dr Harun Din
B.
Lafadz “Menari” Dalam Hadis shahih tersebut bermakna “Menghayunkan Badan“
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan
al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala
Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan
Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya
Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah
sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah
melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan
membenarkan perkara tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah
sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan
dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;
ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير
Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau
perbuatan atau pengakuan
Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu
yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha
dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah
sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang
salah di sisi syara’.
C.MAKNA HADITS SHAHIH AGAR BERDZIKIR SEBANYAK-BANYAKNYA
SEHINGGA ORANG MENGATAKAN KAMU GILA
Hadrat Abu zaid al khudri ra. memberitahu bahwa sesungguhnya
Rasulullah SAW bersabda :
“Hendaklah kamu berdzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang
mengatakan kamu gila” (HR Ahmad, abu ya’la, ibnu hibban dan hakim dalam
shahihnya, dan berkata Hakim “ Shahih sanad dan rawinya”
Dalam Hadist lain :
Dari Ibnu abbas secara marfu :
” Hendaklah berdzikir
sebanyak-banyaknya sehingga orang-orang menganggap kamu ahli riya” (HR
Thabrani dan Baihaqi dari Abi jauzi secara mursal seperti dalam kitab
At-targhib)
Keterangan :
Hadits ini menunjukan bahwa amalan yang terpenting dan terunggul ini
(dzikrullah) tidaklah sepatutnya ditinggalkan kerana orang munafik atau
orang-orang bodoh menganggap perbuatan gila atau riya malahan hendaklah
berdzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang-orang menganggap sebagai orang gila
apabila mereka berdzikir sebanyak banyaknya dan sekuat kuatnya bukanlah dengan
perlahan lahannya.
Ibnu Katsir rah. menulis bahwa ibnu Abbas ra berkata :
“Tidak ada perintah pun yang diwajibkan Allah SWT kepada hambanya-hambaNYa
tanpa menentukan ukuran dan batasan atau memberi kelonggoran kepada mereka
kecuali dzikrullah. Dzikir tidak ditentukan had dan batasannya dan tidak
diterima uzur dari hambanya selagi waras akalnya. Seperti firmanNya :
“Berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak banyaknya ”
(al ahzab 33:41)
Seseorang hendaknya senantiasa berdzikir dalam setiap masa dan dalam setiap
keadaan. Di malam ataupun siang hari. i darat ataupun dilaut. Didalam
perjalanan atau ketika berhenti. Ketika sempit atau lapang. Ketika sakit atau
sihat. Baik dengan perlahan atau menguatkan suara. Pendeknya pada setiap masa
dan dalam setiap keadaan hendaklah berdzikir”.
D. Haram jika ada percampuran lelaki dan perempuan
Ulama sufi yang berada di atas jalan kebenaran juga mengakui majlis seperti
ini merupakan majlis yang HARAM. Mereka menisbahkan diri mereka kepada sufi
tetapi hakikatnya mereka bukan sufi kerana tujuan zikir itu mendekatkan diri
kepada Allah dan percampuran lelaki dan perempuan daripada perkara haram yang
boleh menjauhkan diri daripada Allah. Jadi matlamat mereka tidak akan sampai
kerana wasilahnya menyimpang daripada cahaya quran dan sunnah. Jadi majlis
seumpama ini adalah tidak dibenarkan oleh syara’ walaupun mereka menisbahkan
nama mereka kepada nama sufi hakikatnya mereka menodai kemurniaan sufi.
Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi
menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di
atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya
perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi
syara’.
Justeru, selagi mana tidak ada unsur-unsur yang haram seperti penggunaan alat
musik yang diharamkan, lagu-lagu yang melaghakan, ikhtilat yang haram maka ia
tidak tidak menjadi majlis yang HARAM.
Benarlah kata
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;
الناس أعداء بما جهلوا
“Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”
Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum
menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan
kita.
Firman Allah;
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلا – الإسراء :85
Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja