Selasa, 04 Desember 2012

As-Sheikh Abu Al Hasan As-Syazili r.a


Manaqib AL- QUTHUB AL-GHOWTS 

As-Sheikh Abu Al Hasan As-Syazili r.a (593H-656H/1197-1258M)

Nama dan Nasab
Nama beliau ialah Ali ibn Abdullah ibn Abdul Jabbar ibn Tamim ibn Hurmuz ibn Hatim ibn Qusoyy ibn Yusuf ibn Yusya’ ibn Warad ibn Battol ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Isa ibn Muhammad ibn Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Talib r.a..
Gelaran beliau: Taqiyyudin Abu Al-Hasan As-syazuli (dalam satu riwayat As-Syazili)

Tarikh dan Tempat Lahir:
Beliau dilahirkan pada tahun 593 Hijrah bersamaan 1197 Masehi di sebuah kampung bernama Ghumarah, berdekatan dengan bandar Sabtah, Moroko.

Riwayat Ringkas Tentang Kehidupan:
Semasa tinggal di Ghumarah, Abu Al-Hasan belajar menghafaz Al-Qur’an, ilmu-ilmu asas agama, ilmu sunnah nabawiyah dan sebagainya di bawah tarbiah dan ta’lim ulama’-ulama’ besar di zaman beliau.
Setelah itu beliau bermusafir ke kampung Fas untuk bertemu dengan seorang Sheikh sufi yaitu, As-Sheikh Abdullah bin Abil Hasan ibn Harazim (murid As-Sheikh Abu Madyan r.a.) dan memakai khirqah sufi daripada beliau.
Kemudian, beliau menuju ke Zawilah dan kemudiannya ke bandar Tunisia. Di sana, beliau mempelajari ilmu-ilmu agama secara mendalam daripada ulama’-ulama’ besar di sana. Beliau bermazhab Maliki dalam fiqh Islami.
Di sana juga, beliau sempat berkumpul dengan para sufi yang merupakan anak-anak murid kepada Abul Madyan r.a., dan seterusnya terkesan dan tertarik dengan metodologi tarbiah sufiyah mereka.
Setelah itu, beliau bermusafir ke Iraq dan bertemu dengan As-Sheikh Abu Al-Fath Al-Wasiti r.a., yang merupakan khalifah bagi Sidi Ahmad Ar-Rifa’i r.a.. Beliau mengambil bai’ah daripada As-Sheikh Abu Al-Fath r.a. dan sering mengikuti perhimpunan mereka. Imam Abu Al-Hasan r.a. sering berbincang dengan As-Sheikh Abu Al-Fath r.a. dan kadangkala beliau (Abu Al-Hasan r.a.) bertanyakan tentang wali qutub di zaman tersebut.
As-Sheikh Abu Al-Fath Al-Wasiti r.a. berkata kepada beliau:” Kamu merantau dari Moroko menuju ke mari (Iraq) sedangkan wali qutub berada di tempatmu (Moroko).”
Seterusnya beliau pulang ke Moroko semula untuk mencari wali qutub yang dimaksudkan tersebut. Akhirnya beliau bertemu dengan wali qutub yang dimaksudkan iaitu As-Sheikh Al-Kabir Al-Wali Al-Qutub Abu Muhammad Abdul Salam ibn Masyish r.a..
Pertemuan pertama beliau dengan wali qutub Ibn Masyish r.a. ialah di atas sebuah bukit, takkala Ibn Masyish r.a. sedang berkholwat, beribadah secara khusyuk di hadapan ALLAH s.w.t..
Setelah tamat berguru dengan Ibn Masyish r.a. beliau disuruh untuk berdakwah di Afrika. Akhirnya, beliau bermusafir ke Afrika, dan tinggal di wilayah Syazulah yang mana kepada nama wilayah tersebutlah, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli r.a. dinisbahkan. Setelah itu, beliau tinggal di atas bukit bernama Za’wan.
Setelah itu pula, beliau bermusafir ke Tunisia dan nama beliau mahsyur di sana. Namun, ada individu yang dengki dengan beliau lantas menyebarkan fitnah terhadap Imam As-Syazili r.a..
Imam As-Syazili r.a. seterusnya memulai perjalanan untuk mengerjakan haji di Makkah, dan setelah itu menetap di Mesir selama 35 tahun.Di mesir inilah beliau menerima anugrah Al-Qutb dari Alloh SWT, mendapat tugas mendidik 40 aulia Alloh.
Diriwayatkan juga bahwa, Imam Abu Al-Hasan As-Syazili r.a. turut serta dalam peperangan di Mansurah, Mesir, takkala berlangsung perperangan antara tentara islam dengan tentara perancis di bawah pimpinan Raja Luis ke-9 (raja Perancis).

Kewafatannya:
Pada tahun 656 Hijarah (bersamaan 1258 Masihi), beliau sekali lagi ingin bermusafir untuk mengerjakan haji. Namun, dalam perjalanan, dengan ditemani oleh khalifah beliau Abu Al-Abbas Al-Mursi r.a., beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah padang pasir ‘aizab di Humaisara, Mesir. Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Setelah itu, khalifah beliau, Al-Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi r.a. (yang juga merupakan menantu kepada Imam As-Syazili r.a.) mengambil alih tugas memimpin anak-anak murid al-Imam as-Syazili r.a., dan seterusnya menyebarkan manhaj tarbiah tarikat As-Syazuliah yang diberkati.
Semoga ALLAH s.w.t mencurahkan keberkatan ke atas penghulu tarikat As-Syaziliah r.a., dan memanfaatkan kita dengan keberkatan dan hembusan rohani beliau, amin...

Murid-murid:
Beliau banyak memilki murid  yang sampai sekarang mempengaruhi khazanah dunia Islam antara lain Shohibul Hikam Sheikh Atho'illah as-sakandary (wafat tahun 709 H/1309 M), syeikh Yaquut al 'Arsyi (w.732 H/1331 M), Syeikh Abil Fatkhi al-Maidumi, Shohibul Burdah  Syeikh Muhammad bin Sa'id al Bushiri (w.694 H/1295 M), dan Syeikh Najmuddin al Ishfahani (w.721 H./1321 M)

SANAD NASAB ABIL HASAN ASY-SYADZILI

  • As-Sayyid Asy-Syaikh Abil Hasan Asy-Syadzili bin
  • Ali bin
  • Abdullah bin
  • Tamim bin
  • Hurmuz bin
  • Hatim bin
  • Qusay bin
  • Yusuf bin
  • Yusya bin
  • Ward bin
  • Bathaal bin
  • Ali bin
  • Ahmad bin
  • Muhammad bin
  • Isa bin
  • Muhammad bin
  • Abi Muhammad bin
  • Imam Hasan bin
  • Sayyidna Ali ra dan Sayyidatina Fathimah binti
  • Rasulullah Sayyidina Muhammad saw.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar